Chalet's welcome

Terletak di Kampung Kota Lama Kanan, kira kira 4 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar, Chalet D' Kampung Mr. OS menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung. Setiap chalet dilengkapi dengan pendingin hawa (air-conditioned) dan televisyen. Kemudahan kolam mandi, aktiviti memancing ala kampung, udara yang segar dan nyaman serta kadar sewa yang berpatutan menjadikan penginapan satu pengalaman baru yang tidak mudah dilupakan...

Search This Blog

Loading...

Chalet



Chalet Hindon & Chalet Pak Meh




Satu satunya chalet berkembar (Semi-D) di Chalet D'Kampung Mr. OS. Sesuai untuk mereka yang memerlukan bilik dengan ruang yang besar... "Connecting door" memisahkan antara kedua chalet. Sesuai juga untuk dua penyewa yang nak menyewa dibawah satu bumbung...


Chalet Pak Meh - Interior




Chalet Pak Meh - Bath

Chalet Hindon - Double Bed

Chalet Hindon - Interior

Chalet Hindon - Interior

Chalet Hindon - Bath
 
Kadar sewa Chalet Hindon & Chalet Pak Meh
RM 80.00 - satu chalet
                  RM 160.00 - dua chalet (Semi-D)

Chalet Mr. OS



Chalet "unik", berkonsepkan rumah kampung lama... Bersebelahan tali air dan aliran air tali air di sebelah tingkap chalet juga sesuai untuk "aqua theraphy..." Sesuai untuk mereka yang minat "memancing untuk ketenangan" (joran disediakan - on request. Umpan pancing cari sendiri, cangkul untuk cari cacing umpan disediakan).



Double Bed


Interior


Bath

Bath

 Selepas Subuh...



Menjelang Maghrib...

Unique...
Kadar sewa Chalet Mr. OS
RM 80.00


Chalet Atan


Hanya satu - tepat untuk untuk chalet yang berbentuk "english cottage". Keseluruhan lantai adalah dari papan berkualiti, menjadikan penginapan begitu diingati... Mereka yang belum berpengalaman menginap di"english cottage" atau ingin mengulangi pengalaman menginap di"english cottage" boleh memilih chalet Atan.




Night View

Single Bed


Interior



Interior

Interior

Mini Fridge 

Iron & Ironing Board 

Santai & Unique
Minum kopi dibelakang rumah... ditepi tali air...



 Bath


 Bath


Bath

Kadar sewa Chalet Atan
RM 120.00


Chalet Yong



Chalet beranjung melengkung. Sesuai untuk bersantai sambil bersembang dengan jiran di chalet bersebelahan...



Double Bed



Interior



Kemudahan Water Heater...



Atau Mandi Air Tempayan...

Kadar sewa Chalet Yong
RM 100.00


Chalet Mael




Chalet yang dilengkapi kemudahan mandian air panas (hot water shower). Untuk mereka yang takut mandi air tempayan yang sejuk, chalet ini adalah pilihan yang tepat !


Night View


Single Bed

 Bath


Bath


Kadar sewa Chalet Mael
RM 80.00




Chalet Aluyah


Chalet papan yang juga kerap dipanggil chalet tinggi oleh penyewa kerana rupabentuknya dibuat supaya ianya dilihat seolah olah lebih tinggi dari chalet yang lain. 

Night View

Single Bed


Interior

Bath

Bath


Kadar sewa Chalet Aluyah
RM 80.00


Chalet YahDon


Chalet beratap piramid dengan keseluruhan tingkap "tinted". Dilengkapi dengan kemudahan mandian air panas (hot water shower) untuk mereka yang tak tahan sejuk... Untuk menikmati suasana kehidupan nyaman dikampung dengan "extra privacy", chalet YahDon seharusnya menjadi pilihan...






Tak suka mandi air sejuk... No problem...
Chalet YahDon dilengkapi mandian air panas (hot water shower)...  

 Bath


Kadar sewa Chalet YahDon
RM 100.00

4 Unit Chalet Baru - Double Storey Semi-D
(Sedang Dalam Pembinaan)










 














































48 comments:

Mohamad Shuhmy Shuib said...

Bagus dan selesa nampaknya cuma tak lengkap le kalau tak letakkan Kadar Sewa satu hari tu. Camner dengan makan (menu)?

chalet D'Kampung Mr. OS said...

oschalet:en shuhmy tentang harga ada kat situ cuma chalet atan & yahdon je yg belum,cafe kami belum ada lagi tapi tak jauh dari situ ada restoran 5 min perjalanan tq.

RZ Collections said...

Hi...Chalet Yahdon-RM100 semalam kan?kalau nak extra tilam....sempit tak ruang chalet nanti?

chalet D'Kampung Mr. OS said...

Tuan/Puan RZ Collection,

Untuk Chalet YahDon, kalau 3 tilam extra bagi anak anak bawah 12 tahun, masih ok ruang chalet...

chalet D'Kampung Mr. OS said...

Tuan/Puan RZ Collection,
Sorry Chalet D'Kampung Mr. Os lambat reply sebab musim Aidil Fitri...

Hanim said...

Salam Abg Os,
Tmpt ni mmg best giler, cuma nk tanya tmpt mancing kt tali air tu besor mana? ada ikan apa kt situ? sbb kami ni gila mancing..sambil kelah mesti ada aktiviti mancing...ingat kalu semua setuju kami nk organize fmly gathering tahun depan..

chalet D'Kampung Mr. OS said...

Tuan/Puan Hanim,

Tali air kampung je... Kalau kat kampung orang panggil parit. Untuk anak anak memancing ala kampung sesuali la... Ada ikan puyu, haruan, keli dan kadang2 ada juga yang dapat lampam... Joran ada disediakan oleh pihak chalet. Sila hubungi pengurus chalet. Terima kasih atas minat anda untuk menginap di Chalet Mr. OS.

imaza92 said...

Salam en os. Kalau kami nak organize untuk bdk2 sekolah rendah thn 4-6 sesuai tak? Dalam 40 orang. Dan nk tau jgak aktiviti yg sesuai kalu bmalam kat situ. Lg satu, ada pakej menarik untuk budak2 ni tak? Kalau boleh dan ada, en os boleh tlg hantar details kat email saya. T.kasih.

imaza92 said...

Wakaf tu muat untuk brapa orang? Saya dah tngok keseluruhan blog en os....sya cadangkan en os dirikan sebuah rumah untuk di jadikan surau, supaya boleh sembahyang jemaah beramai-ramai, terutamanya jika ada yg buat family day.

chalet D'Kampung Mr. OS said...

Puan Imaza,

Kalau 40 orang untuk yang berumur 4-6 tahun tu insyaAllah boleh dan sesuai. Antara aktiviti yang boleh dijalankan seperti lawatan ke Kuala Kangsar - Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, pokok getah tertua di Malaysia & Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Sukan mini untuk kanak kanak di kawasan Chalet juga boleh di buat seperti lari tempurung serta baling slipper (sukan budak2 kampung).

Kalau duduk keliling, wakaf tu boleh menanpung kira2 30 orang dewasa... dan wakaf tu juga digunakan untuk solat berjemaah..

Terima kasih atas sokongan Puan.

p/s - Tolong sertakan email puan untuk tujuan komunikasi lebih detail.

imaza92 said...

Biasanya sekolah kami akan buat prog untuk murid tahun 4-6, iaitu berumur antara 10-12 tahun. Kalau boleh pihak en os detailkn beberapa pakej pilihan dan kosnya spaya dpt d sesuaikn dgn budget kami. Email : azahnaim@yahoo.com

chalet D'Kampung Mr. OS said...

Puan Imaza,

InsyaAllah saya akan email pakej yang ditawarkan ke alamat email puan.

Terima kasih atas sokongan Puan.

nurfarhanim said...

salam OsChalet.. xsuma chalet ada TV ye? n ruang dalam chalet mana yg boleh muat utk hamparkan dua toto?? hee..sbb sy 6beranak sumanya.. saya berminat dgn chalet Mr Os,Mael atau Aluyah sbb lbh nmpk suasana kampung..agak2 sesuai ke utk kmi 6branak?? =) tq

chalet D'Kampung Mr. OS said...

Puan Nurfahanim,

Kalau 6 sekeluarga tu, kami cadangkan Puan ambil 2 chalet sebab kalau satu chalet untuk 6 orang tak muat. Kami cadangkan Puan ambil Chalet Yong & Mael sebab Chalet Yong satu katil kelamin & Chalet Mael 2 katil bujang. Chalet Yong boleh tambat 1 xtra bed & Chalet mael boleh tambah 1 xtra bed.

Terima kasih atas sokongan Puan.

chalet D'Kampung Mr. OS said...

Puan Nurfahanim,

Semua chalet dilengkapi TV serta pendingin hawa.

Terima kasih atas sokongan Puan.

hasnawiah said...

emak saya pakai kerusi roda. chalet yg mn sesuai utk dia? dia juga tidak tahan mndi air sejuk. hrp dpt bls sehera kerana sy akan ke sn esok. t. kasih

Maya Qirana said...

Salam..

Mr. Os, saya nak tanya, kalau untuk musim cuti sekolah perlu booking ke? Dan boleh cadangkan chalet yg bersesuaian utk kami: adik saya bersama suami & anak2 8 orang, tambah saya & mak saya. Semuanya 10 orang. Kami bercadang hendak menginap pada 15 Disember 2012.

pemudakgsuluk said...

Salam .... saya ada 6orang berminat jg utk bermalan di chalet 2. Kalu 1 chelet muat tak. Saja suka2 je nak p sana.. Mesti kawasan di sejuk kan.

apiz azhar said...

salam mr. os,,saya ada nak tanya beberapa soalan, saya tinggalkan emel saya di sini untuk dihubungi. emel: forest_biohazard@yahoo.com

saya nak buat program di sekitar kuala kangsar dan saya bercadang untuk menginap di chalet ini,,dalam 40 orang macam tu,,saya nak tahu harga untuk dua hari,,tq,,

ivan ong said...

salam mr.os,,saya ingin tny tntang serba sedikit tentang charlet ini,boleh ka encik send cntct nombr ke email sya untuk mklumat slnjutnya,,
yakuzashippudden@gmail.com
thanks q...

AZMI MAHYUDIN said...

Salam Abg Os,

Nak tanye, berapa jauh chalets ni dari Sungai Perak

Mi

Alliea Akmal said...

salam...ada chalet kosong x dr 7disember hingga 9disember?

Anonymous said...

As salam.. Ada chalet kosong lg ker utk 31/1 - 01/2...

Hafizah said...

As salam..
kalo 5 branak (ank2 7thn, 5 thn & 9 bln chalet mana yg sesuai? tq
Insya Allah nk pegi 31hb jan nnt..

jeffri jusoh said...

Salam,saya ingin membuat lawatan sekolah ke kuala kangsar dan ingin menginap di sini. Persoalan; dengan siapa saya perlu berusan dan bagaimana??? Mohon email kepada saya eizajep@yahoo.com

Siti Nor Ayu Awang said...

Salam..chalet ni dibenarkan memasak tak?

Siti Nor Ayu Awang said...

Salam..chalet ni dibenarkan memasak tak?

Siti Nor Ayu Awang said...

Salam..chalet ni dibenarkan memasak tak?

Chalet D'Kampung Mr. OS said...

Assalamualaikum

Cik/Puan Siti,

Bagi tujuan keselesaan penyewa yang lain, kerjasama penyewa adalah diharapkan agar tidak memasak semasa menginap

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Sy nk tnye, chalet utk 6-8jun ni still ade kosong x?? sy nk 2 chalet under rm100..

Chalet D'Kampung Mr. OS said...

Assalamualaikum.

Tuan/Puan,

Untuk penginapan pada 6 & 7 Jun 2014, kesemua chalet telah ditempah. Walau bagaimana pun, untuk check in pada 8 jun dan check out pada 9 Jun 2014 masih ada kekosongan. Untuk urusan tempahan dan final confirmation, sila hubungi pengurus chalet, En. Sabki ditalian 012 635 0897.

SUHASNI BIN DOLLAH said...

Assalam.
Chalet untuk 5 orang pada 12 Jun mana yang sesuai. masih ada kosong?

TGHY YAN said...

assalamualaikum..
untuk penginapan pada 23/8 ini masih ada kekosong tak?? bagaimana untuk tempahan?
tima kasih. salam

Anonymous said...

As salam...


saya nak tanya chalet ni berdekatan dengan Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak ke?berapa km jaraknya?

Chalet D'Kampung Mr. OS said...

Assalamualaikum.

Tuan/Puan,

Jarak Dari Chalet D'Kampung Mr. OS ke Kem tersebut lebih kurang 15 km (15-20 minit dengan kereta)

Anonymous said...

Mr os..challet mana yg sesuai utk 5 orang..kat area tu apa pusat peranginan yg best?? Weekend ni or next week kosong tak??

Anonymous said...

Assalamualaikum Mr. Os,
Saya berminat utk mengadakan team building di chalet ini. adakah sesuai untuk staf seramai 20 orang (anggaran)?

Chalet D'Kampung Mr. OS said...

Tuan/Puan Anonymous,

Kesemua chalet adalah sesuai. Sekiranya 5 orang dan ingin berdekatan, adalah dicadangkan tuan/puan menyewa Chalet Pak Meh & Hindon (ada connecting door antara chalet).
Kuala Kangsar merupakan Bandar sejarah dan banyak tempat boleh dilawati. Sekiranya perlukan kawasan ada air terjun, tuan/puan boleh ke Ulu Kenas (lebih kurang 25 km dari Chalet.

Terima kasih

Chalet D'Kampung Mr. OS said...

Tuan/Puan Anonymous,

InsyaAllah Chalet D'Kampung Mr. OS boleh menempatkan seramai 20 orang. Bagi tujuan team building, sila berbincang dengan pengurus chalet, En. Sabki (012 635 0897)

Terima kasih

Kasih Dayana said...

Assalam Mr. Os...Boleh minta email kan saya pakej untuk bermalam 3 hari 2 malam bagi kami menganjurkan kem motivasi untuk anak2 sekolah seramai 30 orang. Dan jika boleh minta cadangan jika ada pihak catering yang boleh memasak dan menyediakan makanan. email saya kasihdayana.kd@gmail.com terima kasih

Chalet D'Kampung Mr. OS said...

Cik/Puan Kasih Dayana,

Email telah dihantar seperti yang diperlukan.

Terima kasih

Anonymous said...

Salam..mr.os..utk 30hb ni ad chalet kosong x,? Kmi 1fmly 5org..n chalet mn yg sesuai..??

Anonymous said...

Nmpk menarik jew..nk lh pegi..

Chalet D'Kampung Mr. OS said...

Assalamualaikum.

Tuan/Puan,

Maaf, kesemua bilik chalet untuk penginapan pada 30 & 31 Ogos 2014 telah ditempah.

Terima kasih

Rahman said...

Assalamualaikum , kalau saya bawa 45 org untuk duduk dekat mr os punya homestay , muat tak ?

Fadzlina Asri said...

Assalamualaikum nak tanya masih ksong tak chalet2 di atas untuk 1/12?

Chalet D'Kampung Mr. OS said...

Cik Fadzlina,
InsyaAllah ada kekosongan pada tarikh tersebut. Sila hubungi Pengurus Chalet, En. Sabki untuk urusan tempahan.

Terima kasih atas sikongan Cik.

Pengurusan
Chalet D'Kampung Mr. OS

nora afidah said...

Assalamualaikum...masih ada yg kosong tak 31 October ni?