Chalet's welcome

Terletak di Kampung Kota Lama Kanan, kira kira 4 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar, Chalet D' Kampung Mr. OS menawarkan pelbagai chalet pilihan dalam suasana kampung. Kemudahan Wi-Fi juga disediakan. Setiap chalet dilengkapi dengan pendingin hawa (air-conditioned) dan televisyen. Kemudahan kolam mandi, aktiviti memancing ala kampung, udara yang segar dan nyaman serta kadar sewa yang berpatutan menjadikan penginapan satu pengalaman baru yang tidak mudah dilupakan...

Search This Blog

Map




Sekiranya menggunakan GPS/Navigator...



Dari Lebuhraya Utara Selatan, susur keluar di exit Kuala Kangsar dan terus ke Bandar Diraja Kuala Kangsar. Dari Bandar Kuala Kangsar, terus menuju ke Jambatan Sultan Abdul Jalil...





Selepas menyeberangi Jambatan Sultan Abdul Jalil, belok kiri dipersimpangan lampu isyarat dan terus memandu sejauh 2 kilometer. Chalet D'Kampung Mr. OS di sebelah kiri jalan...




Kedudukan Chalet D'Kampung Mr. OS
Di dalam Peta Kampung Kota Lama Kanan